Monday, 11 July 2011

Permaidani



Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini


~Aris Ariwatan, Permaidani 1994






Saturday, 9 July 2011

Every finish line is the beginning of a new race



Today,a year ago, I reached the finish line of my 11 years race.

At this instant, I'm in a new race. Totally different kind of race and arena. Had a thought about this race before, though it wasn't so serious. Well, it's happening now. I'll be reaching the finish line very soon.

Later on, I'll be racing again. Am not pretty sure about what, who. where, when and how. But one thing for sure, I know - why.  

Every finish line is the beginning of a new race.

Tuesday, 5 July 2011

Nilai 10.99

(Gambar hiasan)

Pagi tadi ke city centre dengan wife. Ambil tiket train ke London untuk minggu depan. Pusing2 lepas tu macam biasa lunch kat tempat favorite - Yo! Sushi. Sebelum balik singgah KFC order to go untuk anak2 yang kelaparan macam biasa bila balik sekolah.

Di sini ada KFC Halal. Senang betul makan kat sini. Bukan macam masa aku kat US dulu. Actually, aku nak tulis pasal harga, bukan pasal senang susah nak cari makanan halal. So aku order family feast. Nanti kat rumah aku dan wife boleh tumpang sekaki.

Harga £10.99. Aku dapat:
  1. 6 ketul ayam
  2. 4 large fries
  3. 2 large side order - gravy and coleslaw
  4. 1 botol 1.5L Pepsi
Semua ni dengan harga £10.99.
Cuba bandingkan dengan RM10.99 di KFC Malaysia, boleh dapat tak yang di atas ni? Aku yakin, tak dapat. Sekadar perbandingan nilai 10.99 di sini dan di sana.

My point here is, nilai £10.99 tu besar kat sini. Tapi ada orang kata cuba convert currency ie. darab 5 (lebih kurang exhange rate semasa). Macam pihak tertentu yang selalu convert harga minyak UK to RM, lepas tu masuk berita tv... Bagi aku, tak aci la macam tu sebab kita earn sini, tak boleh lah nak convert semua benda especially makanan. Kalau macam tu tak boleh beli apa2 lah, semua mahal (tapi tak semua benda convert jadi mahal, ada yang lebih murah), so confirm kebulur tak makan. Duduk sini kenalah kira duit sini.

Ignore the conversion. Nilai duit 10.99 tu besar kat sini. Dapat kenyang anak beranak.

Hakikatnya, nak cari duit sama je susahnya either di sana or di sini.....