(Gambar hiasan)
Pagi tadi ke city centre dengan wife. Ambil tiket train ke London untuk minggu depan. Pusing2 lepas tu macam biasa lunch kat tempat favorite - Yo! Sushi. Sebelum balik singgah KFC order to go untuk anak2 yang kelaparan macam biasa bila balik sekolah.
Di sini ada KFC Halal. Senang betul makan kat sini. Bukan macam masa aku kat US dulu. Actually, aku nak tulis pasal harga, bukan pasal senang susah nak cari makanan halal. So aku order family feast. Nanti kat rumah aku dan wife boleh tumpang sekaki.
Harga £10.99. Aku dapat:
- 6 ketul ayam
- 4 large fries
- 2 large side order - gravy and coleslaw
- 1 botol 1.5L Pepsi
Cuba bandingkan dengan RM10.99 di KFC Malaysia, boleh dapat tak yang di atas ni? Aku yakin, tak dapat. Sekadar perbandingan nilai 10.99 di sini dan di sana.
My point here is, nilai £10.99 tu besar kat sini. Tapi ada orang kata cuba convert currency ie. darab 5 (lebih kurang exhange rate semasa). Macam pihak tertentu yang selalu convert harga minyak UK to RM, lepas tu masuk berita tv... Bagi aku, tak aci la macam tu sebab kita earn sini, tak boleh lah nak convert semua benda especially makanan. Kalau macam tu tak boleh beli apa2 lah, semua mahal (tapi tak semua benda convert jadi mahal, ada yang lebih murah), so confirm kebulur tak makan. Duduk sini kenalah kira duit sini.
Ignore the conversion. Nilai duit 10.99 tu besar kat sini. Dapat kenyang anak beranak.
Hakikatnya, nak cari duit sama je susahnya either di sana or di sini.....
Hakikatnya, nak cari duit sama je susahnya either di sana or di sini.....
No comments:
Post a Comment