Tuesday, 17 May 2011

"Ayah tak berkesempatan menyaksikan hasil perjuanganku"...

30 June 2009. Empat hari setelah ayah pergi buat selama-lamanya, aku kembali ke BBB untuk meneruskan perjalanan hidup di dunia yang sementara ini. Life goes on…. Aku tidak mengambil cuti panjang kerana selepas ini aku akan pulang lagi ke kampung untuk menyelesaikan urusan-urusan lain. Betapa berat hati untuk meninggalkan kampung, tanah pusara ayah yang masih merah, wajah emak yang sayu dan sepi, perasaan marah dan dendam terhadap ‘cina yang melanggar ayah’ dan segala macam perasaan lagi. Walaupun aku redha dengan ketentuan Allah, cuma sekali-sekala pertanyaan  datang menghimpitku – is this real or it’s only a dream? Ayah pergi dalam sekelip mata, untuk selama-lamanya …..
Aku dan keluarga tiba di BBB menjelang maghrib. Sebaik sahaja tiba dan aku sempat berehat sekejap, ku lihat ada sms. Nombornya tak aku kenali, pastinya ingin mengucapkan takziah. Benar, pembukaannya ucapan takziah. Dr Has mengucapkan takziah atas pemergian ayah, dia mengerti apa yang aku rasa kerana dia sendiri telah kehilangan ayahnya sewaktu dia masih kecil, namun dia akui kesedihannya tak pernah pudar hingga kini.
Seterusnya, Dr Has menggantikan perkataan ‘takziah’ kepada ‘tahniah’ kerana dia ingin memaklumkan beberapa berita gembira kepadaku. Kegembiraan yang tak pernah aku sangkakan, di saat aku masih lagi bergelut degaan kesedihan yang sedetik pun tidak pernah aku sangkakan. Dr Has menyatakan – “Scholarship dapat, manager post pun dapat, dan ‘boss’ department sekarang ingin counter offer untuk manager post di department sekarang”. Allah hu Akbar..!!! Alhamdulillah …Segala usaha dan titik peluh ku telah berhasil dengan izinNya. Apa lagi yang dapat aku katakan. Perjalanan hidup ini sememangnya Dia yang tentukan, Dia yang Maha Berkuasa atas segala-galanya, kita hanya mampu berusaha. Dalam tempoh beberapa hari,banyak perkara yang tak pernah aku duga berlaku dalam hidup ini. Terima kasih Dr Has atas ucapan takziah dan seterusnya berita gembira dan ucapan tahniah.
Aku harus membuat pilihan; 1) melanjutkan pelajaran ke UK; atau 2) menerima jawatan pengurus di jabatan baru - HC Department; atau 3) menerima tawaran pengurus di jabatan sekarang – DF Department ???? Hanya satu harus ku pilih ... Namun, disebalik 3 pilihan ini, if possible ingin saja aku meminta satu lagi pilihan – kembalikan ayah…Pastinya, tidak sukar bagiku untuk membuat pilihan…
Masih jelas nasihat ayah agar aku terus berusaha untuk mencapai apa yang terbaik. Ayah sering berkata InsyaAllah, jika ada rezeki, hajatku akan kesampaian. Usahaku sentiasa diiringi doa mak dan ayah. Tapi kini di saat apa yang aku impikan dan usahakan telah kesampaian, ayah telah tiada. Tidak sampai pun seminggu jarak waktu yang memisahkan berita duka dan suka. Tak berkesempatan aku menyampaikan berita gembira ini kepada ayah, tak berpeluang lagi aku melihat ukiran senyuman ayah menyambut kejayaanku kali ini. Aku ditenangkan oleh isteri yang sentiasa di sisi, yang amat memahami, malah dia lebih jauh memahami - dia telah lalui semua ujian ini, diusia yang lebih muda dariku bersama tanggungjawab yang lebih berat untuk dipikulnya. Lantas segera aku kongsikan berita gembira ini dengan mak. Apakan daya ayah, ini takdirNya yang lebih mengetahui lebih dari kita yang tidak tahu apa-apa…Jauh di sudut hati, sebagai insan biasa, hadir perasaan terkilan kerana ayah tak berkesempatan menyaksikan hasil perjuanganku….

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku
Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah ...

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
PetunjukNya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Oh...Ayah
Oh...Ayah



AYAH
Aishah – Album Aishah II 1998

No comments:

Post a Comment