Wednesday, 5 October 2011

Sinar itu

Tika terang aku leka
Leka terang sinar suluhku
Tika kelam aku hiba
Hiba kelam gelita padamku


Dalam terang dalam kelam
Aku masih cari dan cari
Mana sinar itu
Arah mana tuju
Mahu jumpa mahu gapai
Agar kukuh diri dalam sinar
Moga mudah kembaraku


Masih belum jumpa
Aku cuba cari
Aku bingung cari
Aku belum cukup cari
Aku lemah cari jumpa dan hilang

Sinar itu
Aku mahu
Aku mahu
Aku mahu ...
Ya Allah ! Tunjukkan aku dengan rahmatMu ...



Zul
Mcr

No comments:

Post a Comment