Tuesday, 30 August 2011

Eid Mubarak 1432

Hari ini, Selasa, 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011.
SYAWAL kali ini dari perspektif aku:

Syukur - Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dipanjangkan usia, aku temui lagi Syawal setelah pantasnya Ramadhan berlalu. Adakah Syawal lagi untukku tahun depan? Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya...

Yakin - Jika peluang hadir lagi tahun depan, aku yakin tempatnya bukan di sini lagi, di bumi asing ini. Aku dambakannya di tanah tumpah darahku, agar dapat kujejaki pusara Ayah dan Mertua walau kuyakini mereka takkan kembali...

Ayah - Masih segar diingatan meriah Syawal 1429H di kampung. Tak pernah terlintas di fikiran itulah Syawal terakhir bersama Ayah. Kini, buat kali ketiga kusambut hari raya ini tanpa mencium tanganmu memohon ampun...  

Wajah - Tetap ceria wajah anak isteriku di pagi ini walau kami terpisah beribu batu dari keluarga. Zaman beredar, teknologi makin pintar. Wajah ibu dan sanak-saudara di sana menjelma depan mata, pengubat rindu lama tak jumpa....

Azam - Kusemat di hati keazaman tinggi baiki kelemahan diri. Agar Ramadhan dan Syawal depan akan lebih sempurna dan terisi dari tahun ini. Semoga lebih banyak dapat kubekal untukku nanti dan untuk mereka di sana...

Lakar - Tak pandai kulakar potret indah untuk kuluah rasa hati merindui yang telah pergi. Kulakar sebuah memori untuk tatapanku dan keluarga agar ia tetap kukuh terpahat walau hari silih berganti....


Ayah...
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti kejayaan ini

Ayah...
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapatku membalas jasamu di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan keinsafan
kudoakan agar rohmu dicucuri rahmat Ilahi
oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha apa yang mendatang

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan keinsafan
kudoakan agar rohmu dicucuri rahmat Ilahi
oh Ayah...

Ayah..
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayan ini

Ayah...
aku menyangjungi
 jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini kumerinduimu...


(Ayah Aku Rindu Padamu - Mawi, 2006) 

Zul Hj Noor
Withington, Manchester


Monday, 29 August 2011

Ayah Aku Rindu Padamu

Memorable video that I have created with a background song of Mawi - Ayah Aku Rindu Padamu.


Zul
Withington
Manchester
August 2011


Wednesday, 10 August 2011

Rioting, looting, burning and smashing in England

For the past three days, world has been focusing on the riot that started in London and then spread beyond London to other major cities in England - Birmingham, Nottingham, Bristol, Liverpool and Manchester.

This chaotic situation sparked with the death of a man, Mark Duggan, who was shot dead by the police in Tottenham, London (whom some believed was unfairly targeted by the authorities and some believed that he is under surveillance by police due to his involvement in gun crime). At first, the family members of the man gathered peacefully in front of the police station to protest on Mark Duggan shooting. Subsequently, others joined the gathering and turned the event into violent. Basically, this incident is just the trigger point for the English, particularly young citizen to voice their dissatisfaction over the government and authority on the current condition in the UK partucularly England - job losses, high unemployment rate, benefit and spending cut etc.

In Manchester, the riot started in Salford area and then spread to the heart of the city centre. Alhamdulillah, all of us are safe as our area is not affected. We have just moved from Hulme to Wittington yesterday, meaning that we are now about 6 miles away from city centre and Salford. As at today, the situtaion has been brought under control and some businesses have resumed their operations - business as usual. Public and volunteers gathered in the city centre to clean up the aftermath mess.

This breaking news has also widely covered in Malaysia's media. When I was at Wittington Sainsbury this afternoon, suddenly I received a phone call from Marlina (Astro Awani's newscaster and reporter) asking on whether I would agree for the phone interview about current situation in Manchester, particularly on the safety of Malaysian here. Without any hesitation, I agreed for the interview. At first I thought, the interview was only for them to gather some information from Malaysian abroad, not to be aired.  It was until, Ya (my sister in-law) told me that the interview was aired on the Astro Awani news. My photo and voice were in the news for about 30 seconds as correspondent from Manchester. Thanks Marlina, thanks Astro Awani, I have got a new experience today and have contributed something for the Malaysian back home, thousands miles away.
RAKYAT MALAYSIA SELAMAT
Rakaman Awal
Zulkifli Mohamed Noor
Rakyat Malaysia di Manchester
RAKYAT MALAYSIA AMBIL LANGKAH KESELAMANTAN


Friday, 5 August 2011

Rutab, tamar, dates, kurma

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa, “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa butir rutab (kurma basah) sebelum solat. Sekiranya tiada rutab, baginda berbuka dengan beberapa butir kurma kering. Sekiranya tiada kurma kering, baginda berbuka hanya dengan beberapa teguk air.”



Hari ni hari kelima Ramadhan 1432H. Kurma yang dibeli di Worldwide, Rusholme masih banyak. Sedap, manis dan anak-anak aku pun suka.

Isteriku memang penggemar setia kurma. Another similarity in terms of food between my wife and my late father, besides makan nasi dengan durian. Sejak kecil, aku lihat Ayah memang suka beli dan makan kurma, bukan sahaja ketika Ramadhan. Tapi, dulu-dulu susah nak dapat kurma, cuma ketika Ramadhan saja senang nak dapat. Ayah akan ke pekan Gerik, beli kurma yang dijual dalam balang besar. Balik rumah, dia simpan dalam balang kecil buat stok untuk bulan puasa dan after raya sekali.



Tuesday, 2 August 2011

Conquest of Europe, July 16 - 30, 2011

15 hari aku dan keluarga berkelana ke beberapa negara di western Europe - Belgium, Netherland, Germany, Austria, Italy, Switzerland dan France. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman dan banyak yang aku pelajari dan syukuri. Dari perspektif aku yang lebih cenderung kepada keindahan alam ciptaan Allah, pastinya negara pilihan aku adalah negara yang memiliki pemandangan yang cantik, bukan landmark ciptaan manusia. Yang paling menarik bagi aku ialah Switzerland dan Austria. Subhanallah, banjaran Alps dan sekitarnya terlalu indah Allah jadikan.

Yang mengejutkan aku ialah Italy. Tak seindah yang diganbarkan (Rasanya next World Cup, aku dah tak nak sokong Italy haha...) Rome, selain bekas peninggalan sejarah, tiada apa yang nak dibanggakan. Sentiasa rasa tak selamat kerana terlalu popular dengan penyeluk saku. Venice, aku tak nampak di mana romantiknya tempat ni, seperti yang dicanangkan. Mungkin kerana aku ni tak cukup romantik kot :). Seperti yang isteri aku cakap, romantik pada orang, bukan pada tempat :)...

Apa pun, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya, aku diberi peluang meneroka sebahagian lagi dunia ciptaanNya. Lebih sedekad lalu, aku jelajahi sebahagian benua Amerika, kini sebahagian benua Eropah pula. Aku, isteri dan anak-anak diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh berkelana, selamat pergi dan kembali. Juga, aku berpeluang mengenali lebih ramai kawan dan terjalin ikatan silaturrahim.



Lauterbrunnen, Switzerland







Innsbruck, Austria


Monday, 1 August 2011

1 Ramadhan 1432, 1 August 2011

Another Ramadhan for me and family in the UK. InsyaAllah, next Ramadhan we'll be in Malaysia.
Ramadhan Mubarak to all my beloved family in Malaysia, my friends and all muslim around the world.
This is the third Ramadhan without Ayah. Al-Fatihah