Tuesday, 2 August 2011

Conquest of Europe, July 16 - 30, 2011

15 hari aku dan keluarga berkelana ke beberapa negara di western Europe - Belgium, Netherland, Germany, Austria, Italy, Switzerland dan France. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman dan banyak yang aku pelajari dan syukuri. Dari perspektif aku yang lebih cenderung kepada keindahan alam ciptaan Allah, pastinya negara pilihan aku adalah negara yang memiliki pemandangan yang cantik, bukan landmark ciptaan manusia. Yang paling menarik bagi aku ialah Switzerland dan Austria. Subhanallah, banjaran Alps dan sekitarnya terlalu indah Allah jadikan.

Yang mengejutkan aku ialah Italy. Tak seindah yang diganbarkan (Rasanya next World Cup, aku dah tak nak sokong Italy haha...) Rome, selain bekas peninggalan sejarah, tiada apa yang nak dibanggakan. Sentiasa rasa tak selamat kerana terlalu popular dengan penyeluk saku. Venice, aku tak nampak di mana romantiknya tempat ni, seperti yang dicanangkan. Mungkin kerana aku ni tak cukup romantik kot :). Seperti yang isteri aku cakap, romantik pada orang, bukan pada tempat :)...

Apa pun, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya, aku diberi peluang meneroka sebahagian lagi dunia ciptaanNya. Lebih sedekad lalu, aku jelajahi sebahagian benua Amerika, kini sebahagian benua Eropah pula. Aku, isteri dan anak-anak diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh berkelana, selamat pergi dan kembali. Juga, aku berpeluang mengenali lebih ramai kawan dan terjalin ikatan silaturrahim.



Lauterbrunnen, Switzerland







Innsbruck, Austria


No comments:

Post a Comment