Friday, 5 August 2011

Rutab, tamar, dates, kurma

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa, “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa butir rutab (kurma basah) sebelum solat. Sekiranya tiada rutab, baginda berbuka dengan beberapa butir kurma kering. Sekiranya tiada kurma kering, baginda berbuka hanya dengan beberapa teguk air.”



Hari ni hari kelima Ramadhan 1432H. Kurma yang dibeli di Worldwide, Rusholme masih banyak. Sedap, manis dan anak-anak aku pun suka.

Isteriku memang penggemar setia kurma. Another similarity in terms of food between my wife and my late father, besides makan nasi dengan durian. Sejak kecil, aku lihat Ayah memang suka beli dan makan kurma, bukan sahaja ketika Ramadhan. Tapi, dulu-dulu susah nak dapat kurma, cuma ketika Ramadhan saja senang nak dapat. Ayah akan ke pekan Gerik, beli kurma yang dijual dalam balang besar. Balik rumah, dia simpan dalam balang kecil buat stok untuk bulan puasa dan after raya sekali.



No comments:

Post a Comment