Bulan Zulhijjah adalah di antara bulan yang memiliki berbagai keistimewaan dalam Islam. Terlalu banyak kebaikan yang telah Allah sediakan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah untuk mereka yang ikhlas mengetuk pintu rahmat Allah, mencari keampunan dan keredhaan Allah.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tidak ada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari iaitu 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)".
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil
(La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
(La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Puasa sunat Arafah 9 Zulhijjah (untuk yang tidak menunaikan fardhu Haji)
Hari ini, 9 Zulhijjah 1432, antara kelebihan pada hari ini adalah pintu keampunan Allah terbuka luas bagi hamba-hambanya yang bertaubat memohon ampun atas segala dosa kepada Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Penyayang. Ini jelas seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih berikut:
من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه
“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)
Namun, bagi saudara seIslam yang menunaikan ibadah Haji yang ketika ini berada di Padang Arafah, mereka tidak dibenarkan berpuasa pada hari ini:
نهى (رسول الله ص) عن صيام يوم عرفة بعرفة
“Rasulullah (saw) telah melarang berpuasa di hari ‘Arafah (bagi mereka yang berwukuf) di ‘Arafah ” (HR Abu Daud)
No comments:
Post a Comment