Sedapnya menikmati pau kaya panas ketika dalam kesejukan petang macam ni... Alhamdulillah. Anak-anak aku ni pantang dijamu pau kaya...macam piranha.
Terkenang waktu aku kecil dulu. Arwah Ayah selalu bawa aku pergi makan pau kaya panas di kedai Aziz Pak Saad especially bila aku kelaparan lepas hujan. Pau tu besar sikit (kat sini cuma ada mini pau yang diimport dari Malaysia). Kat bawah pau tu pula ada daun pisang.
Gambar hiasan |
Terkenang waktu aku kecil dulu. Arwah Ayah selalu bawa aku pergi makan pau kaya panas di kedai Aziz Pak Saad especially bila aku kelaparan lepas hujan. Pau tu besar sikit (kat sini cuma ada mini pau yang diimport dari Malaysia). Kat bawah pau tu pula ada daun pisang.
Indahnya waktu tu. Membesar di kampung yang begitu nyaman dan tenang. Walaupun serba kekurangan, namun kebahagiaan yang hadir terlalu besar maknanya untuk dimengertikan. As a typical kampung boy, segala pengalaman yang aku lalui sememangnya begitu indah. Suatu pengalaman yang anak-anak aku tak berpeluang merasainya. Suasana kampung yang damai selepas hujan - rumput hijau dan aroma lepas hujan yang aku pun tak tahu macam mana nak describe keunikannya. Aku suka duduk di beranda bertemankan kucing kesayangan melihat ayam berlari mengejar kelkatu senja di bawah hujan. Kadang-kadang mengintai peluang untuk bermain di laman ketika hujan, tapi mak selalu tak bagi - takut demam.. Aku rindu bunyi riuh atap asbestos dan zink yang ditimpa hujan, tempias hujan di daun tingkap, haruman flora kampung dan wajah ayah dan emak ketika itu.
Suatu masa yang pasti tidak akan kembali lagi. Itulah masa silam ... It's all won't be coming back to me now...
Kini, hargailah setiap masa yang ada, kerana waktu ini akan beredar meninggalkan kita. Masa kini akan bertukar menjadi masa silam kelak...
No comments:
Post a Comment