Sunday, 4 December 2011

Pulang


Lebih sedekad lalu aku pulang
Pulang dengan penuh harapan
Pulang untuk penuhi harapan
Kutinggalkan jua salju bumi asing

Hari ini aku pulang lagi
Juga pulang dengan sarat impian
Juga pulang untuk tunai impian
Kutinggalkan lagi dingin tanah asing

Dulu aku pulang seorang diri
Tapi aku tidak sendiri hari ini
Dulu pulang bawa yang aku cari
Hari ini iring yang mereka temui

Antara pulang dulu dan hari ini
Biar pun ada sama dan beda
Kunekad langkah mencari pasti
Pulang tetap pulang

Antara pulang dulu dan hari ini
Walau ada yang telah tiada
Kupasrah hati biar tak pasti
Pulang tetap pulang

Kenang mereka yang telah pulang
Kan kujejak singgah mereka nanti
Insafi diri tiada satu pun kekal abadi
Kerana nanti aku juga pasti pulang



Zul M Noor
Heathrow
London


No comments:

Post a Comment